Friday, October 3, 2008

RENUNGAN


Tarikh: 1 Okt. 2008 (Hari Raya Eidul Fitri 1429)
Lokasi: Kampung Padang Pauh, Perlis


Anak bongsu Roslina (Ina) Pak Lang Yas.
Tertarik dengan rambut kerintingnya yang original.
Renungannya tajam.
Mata tidak berkelip ketika merenung lensa, tiada reaksi.
Cokelat cair dalam mulut yang terlopong dibiarkan saja.

Thursday, October 2, 2008

SENYUM CIK SITI

Tarikh: 1 Okt. 2008 (Hari Raya Eidul Fitri 1429)
Lokasi: Kampung Padang Pauh, Perlis

Kalau Cik Siti tersenyum,

dagu sejemput terco`et keluar.
Manis raut rupa,

sejuk mata memandang.

RENUNG CIK SITI

Tarikh: 1 Okt. 2008 (Hari Raya Eidul Fitri 1429)
Lokasi: Kampung Padang Pauh, Perlis

Duhai Cik Siti yang bijak bistari,
Usah direnung kami begini,
Kelak remuk hati naluri,
Lemparkan senyuman di Eidul Fitri.

Wednesday, August 20, 2008

SAHABAT


Tarikh: 17 Ogos 2008
Lokasi: Pulau Langkawi
Seorang anak majikan & seorang lagi anak pekerja.
Dari perawakan, tidak susah untuk meneka.

Thursday, May 29, 2008

KALA SENJA MENJELANG

Inikah kau yang ku kenal dulu?
Sasa mu kemana perginya?
Gagah mu hilang di mana?

Seri mu sudah tiada,
sudah tenggelam dimamah usia.
Tersadai sendiri,
terdampar sepi tiada yang peduli.
Sendirian lesu
membilang detik berlalu
Entah bilakah
noktah terakhir mu.

Oh ho...
inikah rupanya pengganti mu?
cucu cicit mu sendiri di era baru.
Sasa, gagah
dan seri seperti muda mu dulu.

Sampai masa seperti mu jua,
Kala senja menjelang,
tirai dilabuh
mereka jua kan menghitung
detik berlalu,
menunggu noktah terakhir
yang pasti akan menjelma.

Ya Allah,
Berikanlah kami keampunan,
keinsafan,
serta Rahmat Mu.
Aaminnn.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez